Selamat ulang tahun ke-64 Dewan Bahasa dan Pustaka

Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu.
Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu.
A
A
A

HARI ini Merak Jalanan ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-64 untuk seluruh kakitangan dan pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Besar jasa dan pengorbanan yang dimainkan oleh DBP untuk menjunjung dan memperkasakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia.

DBP atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran.

Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas wad sebuah hospital di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur) sebelum berpindah pula ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa) pada 31 Januari 1962.

Obor perjuangan untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasa tidak boleh malap dan tenggelam.

Merak Jalanan berharap benar agar obor perjuangan untuk menyemarakkan bahasa Melayu terus menyala untuk masa depan anak bangsa kita.

Artikel Berkaitan:

Untuk itu, institusi Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan penting bagi menjaga satu-satunya khazanah penting negara.

Perbuatan menghina bahasa Melayu samalah seperti menghina Raja-raja Melayu juga.

Pada ketika ini pihak yang pandang enteng kepentingan bahasa Melayu harus berasa malu dan perlu ditegur dengan keras.