Saintis ubah suai gen bayi kena siasat

He Jiankui
He Jiankui
A
A
A

BEIJING - CHINA. Seorang penyelidik yang mendakwa telah melakukan penyuntingan genetik bayi pertama di dunia bakal berdepan siasatan polis di China, menurut media tempatan pada Isnin.

Saintis, He Jiankui mengejutkan komuniti saintifik pada tahun lalu selepas mengumumkan kejayaan beliau menyunting gen bayi kembar perempuan yang dilahirkan pada November lalu untuk mencegah mereka dijangkiti HIV pada masa depan.

Beliau memberitahu sebuah forum di Hong Kong terdapat 'kehamilan berpotensi lain' melibatkan pasangan kedua.

Siasatan kerajaan wilayah mengesahkan kewujudan wanita itu yang sedang hamil.

Susulan itu, pihak berkuasa telah mula bertindak dan bakal ibu serta bayi kembar daripada kehamilan pertama itu akan diletakkan di bawah pemerhatian perubatan.

Jiankui didakwa memalsukan etika kertas kajian dan mengelakkan penyeliaan dengan sengaja.

"Beliau telah menubuhkan pasukan projek secara 'rahsia' termasuk staf asing dan menggunakan teknologi keselamatan dan keberkesanan tidak menentu untuk penyuntingan gen embrio manusia secara tidak sah," jelas laporan Xinhua. - AFP

Artikel Berkaitan: