X

Kindly register in order to view this article
!

Bukan gelandangan tapi Warrior Hijrah!

Annuar (dua dari kiri) melawat gelandangan yang menjalani kursus Latihan Pembangunan Sahsiah Diri di Kuantan baru-baru ini. - Foto Facebook Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - Gelandangan di Kuala Lumpur dinamanakan sebagai Warrior Hijrah oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, ia sebagai suntikan semangat untuk golongan berkenaan yang berazam menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Jangan pakai lagi perkataan gelandangan, jangan ada niat lagi untuk kembali sebagai gelandangan.

"Jangan ada keazaman untuk tinggal duduk di merata-rata seperti tiada orang jaga kita. Dalam negara kita tidak mahu ada lagi bergelandangan," memetik video berdurasi satu minit tujuh saat dikongsikan di Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di sini hari ini.

Annuar berkata demikian ketika berucap di hadapan peserta kursus Latihan Pembangunan Sahsiah Diri di Kuantan baru-baru ini.

Annuar (dua dari kiri) melawat gelandangan yang menjalani kursus Latihan Pembangunan Sahsiah Diri di Kuantan baru-baru ini. - Foto Facebook Annuar Musa
Annuar (dua dari kiri) melawat gelandangan yang menjalani kursus Latihan Pembangunan Sahsiah Diri di Kuantan baru-baru ini. - Foto Facebook Annuar Musa

Sebelum ini nasib gelandangan warga kota mula mendapat perhatian daripada kementerian itu beberapa hari selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

Gelandangan yang diselamatkan ditempatkan di penempatan sementara gelandangan di beberapa lokasi termasuk Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti Setiawangsa dan Pusat Komuniti Alam Damai.

Mereka yang sihat dan produktif kemudian mengikuti program penempatan pekerjaan dengan kumpulan pertama dilepaskan bekerja di Sitiawan, Perak dalam sektor perladangan dan perkilangan pada Mei lalu.

Terbaru, pada 18 Jun lalu sebanyak 187 gelandangan dihantar mengikuti Program Latihan Khas di PLKN Sepang dan 52 orang lagi menyertai Program Pemulihan dan Bimbingan di Drug Intervention Community Pahang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus