PDRM kesan sindiket tawar khidmat seludup PATI di FB

Laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini.
Laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjejaki individu dan sindiket yang menawarkan khidmat membawa keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya mengesan ada tawaran perkhidmatan terbabit oleh ejen dan sindiket melalui laman sosial.

Katanya, polis menerima maklumat dari PATI yang sudah ditahan berhubung tawaran pulang ke negara jiran secara haram dari ejen dan sindiket di negara ini.

Huzir
Huzir

"Selain menawarkan khidmat penghantaran pulang melalui jalan laut, mereka turut menawarkan khidmat masuk ke Malaysia secara haram melalui Facebook dengan bayaran antara RM1,600 hingga RM3,000 kepada PATI.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar khidmat menerusi laman sosial

Sikap tunding jari tak selesaikan masalah kemasukan PATI

"Kita percaya sindiket sama bukan hanya berada di Malaysia malah mempunyai rangkaian di negara jiran berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan:

Huzir berkata, maklumat dalam media sosial itu akan diperhalusi bagi membolehkan pihaknya mengetahui kedudukan lokasi, masa dan laluan yang bakal digunakan semasa membawa PATI dari negara jiran ke Malaysia.

Laporan Sinar Harian hari ini mendedahkan satu kegiatan PATI dari Indonesia dikesan menawarkan perkhidmatan menerusi Facebook.

Kegiatan itu dipercayai dilakukan oleh dua individu dengan menawarkan perkhidmatan membawa PATI kawasan perairan Johor ke Batam dan Surabaya.

Menerusi akaun Facebook terbabit individu berkenaan turut memuat naik gambar dan video berkenaan kejayaan membawa masuk dan keluar PATI melalui jalan laut.