Covid-19: Pedas antara kluster masih aktif

Kes positif kluster Pedas yang dikesan hari ini adalah hasil saringan kelima dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.
Kes positif kluster Pedas yang dikesan hari ini adalah hasil saringan kelima dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kluster Pedas antara kluster yang masih aktif apabila 12 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu adalah daripada 15 kes baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kluster Pedas antara kluster yang masih aktif dengan 316 kes positif dikesan.

"Pertambahan kes baru hari ini menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 meningkat kepada 8,587 kes dan sebanyak 289 kes masih dirawat di hospital," katanya.

Menurutnya, kes positif kluster Pedas yang dikesan hari ini adalah hasil saringan kelima dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.

"Pekerja yang terlibat dalam kluster ini telah pun diasingkan di pusat kuarantin.

"Mereka terasing daripada masyarakat dan tidak memberi risiko kepada umum," katanya.

Katanya, kes Covid-19 bermula dengan pekerja tempatan yang disahkan positif sebelum menular kepada pekerja asing.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 14 kes dikesan dalam kalangan rakyat tempatan dan 302 melibatkan kes warga asing," katanya.