Pejalan kaki maut dilanggar lari

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pejalan kaki maut selepas dipercayai terbabit dalam kes langgar lari di Felda Tenggaroh, dekat Mersing, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mangsa, Ahmad Hazizi Ismail, 40, yang beralamat di Felda Tenggaroh 5, ditemui terlentang di tepi jalan pada jam 4 petang oleh anggota polis bantuan Felda tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat, katanya yang dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan memohon saksi kejadian untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.- Bernama

Artikel Berkaitan: