Tangguh sesi persekolahan jika banjir berterusan di Johor

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini akan ditangguhkan pembukaannya jika banjir tidak surut ketika sesi persekolahan bermula pada 24 Jun ini.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, keputusan itu bergantung kepada pertimbangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Kebetulan masa banjir ketika ini sekolah belum buka lagi dan setakat ini bagi penduduk yang ditempatkan di PPS membabitkan sekolah perlu mengamalkan penjarakan sosial.

"Mereka yang dipindahkan ke PPS tidak ramai dan satu kelas hanya akan menempatkan satu keluarga bagi mencegah penyebaran wabak koronavirus (Covid-19)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas Program Bantuan Pendidikan Rakyat Johor dengan kerjasama City University Malaysia di Kompleks Yayasan Warisan Johor di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Pemasaran City University Malaysia Petaling Jaya, Nik Ahmad Fitri; Ketua City University Kampus Johor Bahru, Dr Masri Abdul Lasi dan Penolong Pengurus Pembangunan Bisnes City University Malaysia Kampus Johor Bahru, Suzanna Salleh.

Mazlan (tengah) menerima replika cek sebelum diserahkan kepada pihak City University dalam Program Pelancaran Bantuan Pendidikan Rakyat Johor di Kompleks Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hari ini.
Mazlan (tengah) menerima replika cek sebelum diserahkan kepada pihak City University dalam Program Pelancaran Bantuan Pendidikan Rakyat Johor di Kompleks Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru, hari ini.

Menurutnya, tidak semua sekolah akan dijadikan PPS kerana bencana yang berlaku hanya melibatkan banjir kilat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya menghargai sokongan City University Malaysia-Kampus Johor Bahru yang akan menaja RM667,250 untuk 60 pelajar Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki universiti tersebut.

"Dua program yang memperoleh faedah daripada inisiatif itu merangkumi Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak akan bermula Ogos ini.

"Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan pendidikan rakyat, kerajaan menerusi Yayasan Bandaraya Johor Bahru memberikan sejumlah RM12,000 kepada 60 pelajar itu sebagai kumpulan perintis di bawah inisiatif Bantuan Pendidikan IPT bagi menampung yuran pendaftaran mereka," katanya.