Suami isteri ditahan tanam pokok ganja

Noorzainy (tengah) menunjukkan pokok ganja yang dirampas.
Noorzainy (tengah) menunjukkan pokok ganja yang dirampas.
A
A
A

KEPALA BATAS - Pasangan suami isteri antara tiga yang ditahan selepas disyaki memiliki empat pokok ganja hidup dalam tiga serbuan yang dilakukan di sekitar Butterworth di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka dikatakan mempelajari kaedah pembenihan dan penanaman bahan terlarang itu melalui YouTube dan akan dijual pada harga RM200 sepokok.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan jam 9.40 malam di Pangsapuri Arked, Bagan Ajam dan menahan wanita berusia 21 tahun serta merampas sebatang pokok ganja yang ditanam di dalam pasu.

Suspek dikatakan mempelajari kaedah pembenihan dan penanaman pokok ganja melalui YouTube sebelum menjualnya pada harga RM200 sepokok.
Suspek dikatakan mempelajari kaedah pembenihan dan penanaman pokok ganja melalui YouTube sebelum menjualnya pada harga RM200 sepokok.

"Susulan itu polis menahan suaminya yang berusia 26 tahun di Jalan Pantai sebelum menyerbu sebuah lagi rumah di Pangsapuri Sri Bagan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di sini hari ini.

Noorzainy berkata, dalam serbuan ketiga itu, polis merampas tiga batang pokok ganja yang diletakkan di hadapan bilik sampah di tingkat sembilan pangsapuri berkenaan dan menahan seorang lelaki berusia 28 tahun.

Katanya, kesemua mereka yang mempunyai rekod jenayah lampau kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: