X

Kindly register in order to view this article
!

Ada lagi pegawai, penguat kuasa dijangka ditahan

(Ayob Khan Mydin Pitchay) Laporan Sinar Harian berhubung penahanan anggota penguat kuasa dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan pendatang asing dan dadah di Johor.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan mengembangkan siasatan berhubung penyeludupan dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi memastikan dalang kegiatan tersebut ditangkap.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya serius menangani jenayah itu dan tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak.

"Kita tidak menolak kemungkinan masih ada lagi pegawai dan penguat kuasa yang akan ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai perkembangan kes 18 penguat kuasa yang ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan PATI dan dadah di perairan Johor Timur.

Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan polis Johor berjaya menahan 18 anggota penguat kuasa termasuk seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini, sejak 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 anggota pasukan keselamatan disyaki terlibat sindiket jenayah ditahan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!