Sindiket dadah didalangi sebuah keluarga tumpas

Pil eramin 5 dan ectasy yang dirampas dalam serbuan di Muar dan Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Pil eramin 5 dan ectasy yang dirampas dalam serbuan di Muar dan Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 14 individu termasuk empat sekeluarga yang dipercayai terlibat sindiket penyeludupan dadah ditahan dalam 10 serbuan berasingan di Muar dan Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun termasuk empat sekeluarga membabitkan dua beradik, ibu dan abang ipar.

Menurutnya, dalam serbuan pertama di Muar, seramai enam suspek ditahan dan polis turut menemui pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ectacy dan eramin bernilai RM3.4 juta selain menyita dua kenderaan dan bot.

Ayob Khan ( dua dari kiri) pada sidang akhbar rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, hari ini.
Ayob Khan ( dua dari kiri) pada sidang akhbar rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, hari ini.

"Hasil risikan sindiket yang aktif sejak Disember tahun lalu itu menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke negara jiran Indonesia melalui jalan laut.

"Lapan suspek termasuk seorang wanita berusia 23 hingga 33 tahun ditahan dalam serbuan kedua di Johor Bahru dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM20,000," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru di sini hari ini.

Pelbagai jenis dadah yang dirampas hasil serbuan di Muar dan Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Pelbagai jenis dadah yang dirampas hasil serbuan di Muar dan Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis turut menyita sebuah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM10,795.

"Hasil saringan urin mendapati lapan daripada 14 suspek yang ditahan positif dadah dan lima daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kesemua suspek yang ditahan reman selama 7 hari ini disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 5(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.