X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Pesara didakwa 94 pertuduhan pecah amanah

Kai Kan Chana didakwa atas 94 pertuduhan pecah amanah jenayah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
A
A

IPOH - Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan pecah amanah berjumlah RM204,070, lapan tahun lalu.

Tertuduh, K Kai Kan Chana, 41, membuat pengakuan itu selepas semua 94 pertuduhan dibacakan hampir sejam di hadapan Hakim, Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, Kai Kan Chana didakwa melakukan pecah amanah terhadap resit yang berjumlah RM204,070 ketika bertugas sebagai pembantu tadbir bahagian kewangan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Sesyen/Majistret Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini antara 5 April dan 25 Oktober 2012.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Kai Kan Chana didakwa atas 94 pertuduhan pecah amanah jenayah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
Kai Kan Chana didakwa atas 94 pertuduhan pecah amanah jenayah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar meminta mahkamah memberikan jaminan berjumlah RM67,345 kepada tertuduh dengan mengambil kira keseriusan jenayah dilakukan serta keadaan tertuduh yang bersara awal kerana masalah kesihatan.

Tertuduh yang diwakili peguam, Ranjit Singh merayu jumlah jaminan munasabah dengan alasan anak guamnya tiada pekerjaan dan perlu menjalani rawatan susulan psikiatri setiap bulan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM94,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Norashima juga memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!