Covid-19: Mangsa korban meningkat di Peru

 Jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di Peru semakin meningkat dengan angka melepasi 8,000 orang pada Ahad.
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di Peru semakin meningkat dengan angka melepasi 8,000 orang pada Ahad.
A
A
A

LIMA - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di Peru semakin meningkat dengan angka melepasi 8,000 orang pada Ahad manakala jumlah kes disahkan mencecah 254,936, lapor agensi berita Xinhua.

Kementerian Kesihatan berkata, wabak itu meragut 8,045 nyawa setakat ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 3,598 kes jangkitan baharu dan 184 lagi kematian direkodkan manakala 10,566 pesakit masih dirawat di hospital, kata kementerian itu.

Ibu kota Lima menjadi pusat penularan wabak di Peru dengan 144,623 diuji positif setakat ini.

Peru sebelum ini melanjutkan perintah darurat sehingga 30 Jun, termasuk menangguhkan penerbangan domestik dan antarabangsa serta menutup sempadan.

Sementara itu, kerajaan mula melonggarkan beberapa langkah sekatan pergerakan untuk mengaktifkan semula ekonomi dengan beberapa pusat beli-belah dijangka dibuka pada Isnin.

Artikel Berkaitan: