Lima angkat sumpah sebagai senator

(Dari kiri) Yakubah Khan, Rita Sarimah, Susan Chemerai, Bashir dan Robert selepas mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Vigneswaran di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama
(Dari kiri) Yakubah Khan, Rita Sarimah, Susan Chemerai, Bashir dan Robert selepas mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Vigneswaran di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakubah Khan antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator buat kali pertama di Dewan Negara, hari ini.

Selain Yakubah, turut mengangkat sumpah jawatan adalah Setiausaha Kehormat Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Susan Chemerai Anding; Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak, Rita Sarimah Patrick Insol dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Robert Lau Hui Yew.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswaran.

Kesemua mereka merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seorang lagi senator iaitu Datuk Bashir Alias, mengangkat sumpah bagi penggal kedua.

Artikel Berkaitan: