Pastikan kebajikan mangsa banjir tidak terabai: Sultan Johor

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Foto Bernama
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor mahu kerajaan negeri menerusi agensi-agensi berkaitan memastikan mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) mendapat keselesaan serta kemudahan secukupnya.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda sentiasa mengikuti serta memantau rapi situasi banjir yang melanda beberapa daerah di Johor ketika ini.

"Berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, saya berharap pihak berkuasa serta agensi-agensi yang berkaitan membuat persediaan yang secukupnya dalam menghadapi bencana banjir," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di sini hari ini.

Baginda turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya sentiasa berhati-hati dan segera berpindah jika paras air mula meningkat.

Dalam masa sama, baginda berharap Jabatan Kesihatan Johor mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan ujian saringan kesihatan di setiap PPS bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: