Dua wanita Thailand didenda RM20,000 miliki petrol tanpa lesen

Dua wanita warga Thailand masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Seksyen Pasir Mas atas tuduhan memiliki minyak petrol tanpa lesen.
Dua wanita warga Thailand masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Seksyen Pasir Mas atas tuduhan memiliki minyak petrol tanpa lesen.
A
A
A

PASIR MAS - Dua wanita warga Thailand masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sin, hari ini selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki minyak petrol tanpa lesen.

Hakim, Mohd Rosly Mohamed Nawi turut memerintahkan kedua-dua wanita tersebut dihukum penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Kes didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Mohd Yusri Yunus.

Kedua-dua wanita itu yang berusia antara 23 dan 41 tahun pula tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: