Bila pemimpin tertua, termuda dunia bertemu...

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Canselor Republik Austria Sebastian Kurz, di Federal Chancellery, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Canselor Republik Austria Sebastian Kurz, di Federal Chancellery, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

VIENNA – Pertemuan dua hala Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz, di Federal Chancellery di sini hari ini, mencipta sejarah sebagai pertemuan antara pemimpin tertua dan termuda di dunia.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri tertua dunia pada usia 93 tahun ketika ini selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri ketujuh susulan kemenangan PH pada PRU1-14, pada Mei tahun lalu.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Canselor Republik Austria Sebastian Kurz, di Federal Chancellery, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Canselor Republik Austria Sebastian Kurz, di Federal Chancellery, hari ini. - Foto Bernama

Dalam pada itu, Kurz, kini berusia 32 tahun, menjadi pemimpin dunia termuda selepas parti konservatif, Parti Rakyat Austria (OVP), yang dipimpinnya, memenangi Pilihan Raya Parlimen negara itu tahun lalu.

Dr Mahathir kini mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Austria untuk menghadiri dua forum antirasuah iaitu Persidangan Tahunan ke-10 dan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) serta menyampaikan syarahan di International Anti Corruption Academy (IACA).

Ini merupakan lawatan kedua Dr Mahathir ke Austria dengan kali terakhir pada 1985 ketika menyandang jawatan Perdana Menteri keempat.

Dr Mahathir, yang tiba di sini semalam, diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.- Bernama

Artikel Berkaitan: