Kamarudin ganti Husam galas jawatan Pengerusi KADA

Kamarudin Md Nor
Kamarudin Md Nor
A
A
A

PASIR PUTEH - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor akan memulakan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang baharu bermula 28 Jun ini.

Kamarudin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut.

"Buat masa ini saya tidak dapat memberikan sebarang komen berkaitan KADA," katanya.

Menurutnya, beliau berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepadanya untuk mempelajari selok-belok dan situasi semasa KADA ketika ini, pada masa sama bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kamarudin dilantik sebagai Pengerusi KADA menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa yang menggalas jawatan tersebut bermula 1 Mac 2019.

Pelantikan Kamarudin selama dua tahun bermula pada 16 Mei lalu sehingga 16 Mei 2022.

Sebelum ini tular di laman sosial Facebook dan WhatsApp berhubung pelantikan Kamarudin sebagai Pengerusi KADA dan semalam surat pelantikan beliau mulai tular.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menerusi entri di Facebook miliknya merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Kamarudin sebagai Pengerusi KADA.

Artikel Berkaitan: