X

Kindly register in order to view this article
!

Raja Muda Perlis berbasikal jelajah Yan

Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kanan) menanam durian musang king di halaman Homestay Harmoni di Yan.
A
A

YAN - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyertai program berbasikal santai melibatkan perjalanan sejauh 20 kilometer di sekitar daerah ini kelmarin.

Program tersebut sebagai menerima undangan bekas Setiausaha Sulit baginda, Mohd Sokri Hussin yang mengusahakan Homestay Harmoni di Lot 1491, Kampung Perigi, di sini sejak beliau bersara wajib daripada perkhidmatan awam beberapa tahun yang lalu.

Baginda turut berkenan menanam sepohon durian musang king di halaman homestay berkenaan.

Turut serta sempena kayuhan berkenaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Ruhaida Mashhor.

Tuanku Syed Faizuddin (empat dari kiri) berkenan menggoreng kerepek di pusat pemprosesan kerepek oleh Bangkit Kenari Enterprise.
Tuanku Syed Faizuddin (empat dari kiri) berkenan menggoreng kerepek di pusat pemprosesan kerepek oleh Bangkit Kenari Enterprise.

Beberapa tempat menarik di daerah ini turut menjadi lokasi persinggahan baginda serta 50 peserta kayuhan antaranya Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun dan juga tempat pendaratan ikan di Jeti Sungai Udang.

Selain itu, kawasan projek memproses, mengedar dan menjual pelbagai kuih tradisional dan moden seperti kerepek ubi, kerepek bawang, karipap mini, kuih bangkit, muruku, bahulu dan sebagainya turut dikunjungi baginda.

Projek diusahakan Mohd Zafani Zakaria dan Siti Nor Aida Zakaria iaitu Bangkit Kenari Enterprise di Kampung Raga kini sudah membuka cawangan di Lot Kedai Kampung Permatang Chengai.

Dalam masa sama, baginda turut menyantuni Asisten Komisioner Muhamad Halim Yatim yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Padang Besar dari 1 Mac 2018 sehingga 17 April lalu, yang baru sahaja berpindah ke Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang kerana kenaikan pangkat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!