X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL tutup kedai gunting rambut dikendali warga asing

Sebuah kedai gunting rambut di Jalan Loke Yew ditutup oleh DBKL dalam pemeriksaan yang dijalankan semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai gunting rambut milik warga tempatan namun dikendalikan warga asing di Jalan Loke Yew di sini diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, seramai enam anggota termasuk seorang pegawai DBKL melakukan pemantauan serta pemeriksaan bermula pada jam 4 petang dan mendapati premis tersebut mempunyai lesen dikeluarkan oleh DBKL dalam tempoh sah hingga 20 November depan.

"Namun, pemegang lesen itu tidak berada di kedai dikatakan berada di Pulau Pinang.

"Sementara pengendali kedai gagal menunjukkan pasport mahupun permit kerja sah dengan alasan dokumen itu berada di tangan majikannya," katanya.

Kedai gunting rambut diarah tutup selepas pengendali premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan sewaktu pemeriksaan DBKL semalam.
Kedai gunting rambut diarah tutup selepas pengendali premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan sewaktu pemeriksaan DBKL semalam.

Menurut beliau lagi. premis berkenaan ditutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Terdahulu, DBKL bertindak tegas menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan terutama penjajaan.

DBKL menghadapi kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan yang memerlukan tindakan penguatkuasaan dilakukan dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!