Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

No Image Caption
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pagi ini, meskipun prestasi kadar asas pasaran tunai agak lemah.

Pada jam 9.30 pagi, kontrak bulan semerta Jun 2020 meningkat 1.0 mata kepada 1,504.5, Julai 2020 dan September 2020, masing-masing menokok 0.5 mata kepada 1,502.0 dan 1,487.5, sementara September 2020 naik 2.5 mata kepada 1,482.0.

Jumlah dagangan ialah 3,580 lot dengan kepentingan terbuka pada 31,266 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 1.49 mata kepada 1,505.77 selepas 30 minit diniagakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: