1,000 terlibat fleet review TLDM

Ahmad Kamarulzaman ketika pemeriksaan armada di perairan Pulau Pangkor, hari ini.
Ahmad Kamarulzaman ketika pemeriksaan armada di perairan Pulau Pangkor, hari ini.
A
A
A
IPOH - Dianggarkan 1,000 warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut terlibat pada perbarisan armada (fleet review) dan street lining penghargaan di Tambatan Pangkalan TLDM Lumut di sini, hari ini.

Pemeriksaan armada di sekitar perairan Pulau Pangkor sempena persaraan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin itu turut dihadiri pengamal media daripada pelbagai agensi.

Perbarisan armada berkenaan disertai 12 kapal melibatkan KD Jebat, KD Sri Inderasakti, KD Mahawangsa, KD Lekiu, KD Kasturi, KD Gagah Samudera, KD Teguh Samudera, KD Jerai, KD Kinabalu, KD Mahamiru dan KLD Tunas Samudera.

Selain itu empat helikopter melibatkan masing-masing dua jenis Fennec dan Super Lynx turut menyertai perbarisan Armada berkenaan.
Artikel Berkaitan: