Cicak gergasi lari dari kediaman pemilik

Seekor cicak gergasi berkeliaran di sebatang jalan raya di Vermont, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto
Facebook
Seekor cicak gergasi berkeliaran di sebatang jalan raya di Vermont, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto Facebook
A
A
A

MONTPELIER - Seorang pegawai mergastua di Vermont, Amerika Syarikat (AS) mendapat satu tugas yang luar biasa baru-baru ini, lapor portal berita NBC 5 pada 18 Jun lalu.

Menurut portal tersebut, pegawai berkenaan mendapat tugas mengembalikan seekor cicak gergasi sepanjang 1.2 meter.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Persatuan Pelindung Mergastua Vermont menyatakan ia menerima satu laporan bahawa terdapat seekor cicak gergasi berkeliaran di sebatang jalan raya.

Siasatan kemudian mendapati haiwan itu ialah Tegu iaitu seekor cicak yang banyak terdapat di Amerika Latin.

Menurut portal berita VGWA, cicak itu merupakan haiwan peliharaan dan berkeliaran dari kediaman tuannya.

Namun, pegawai itu berjaya menangkap cicak tersebut dengan cepat dan selamat.

Persatuan itu juga menyatakan haiwan tersebut yang bernama Red Dragon berjaya dipulangkan semula kepada tuannya.

Cicak Red Tegu atau spesies salvator rufescens ialah haiwan asli di barat Argentina. Bolivia dan Paraguay.

Artikel Berkaitan:

Ia dijual untuk dijadikann haiwan peliharaan kerana mudah untuk dijaga dan kelihatan jinak.

Cicak Ted Tegu akan memakan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran, serangga, tikus, burung dan

ikan.

Panjang haiwan betina dewasa Red Tegu boleh mencecah 0.91 meter manakala yang jantan pula ialah 1.4 meter. - Agensi