Covid-19: Selangor catat empat kes baharu

Selangor mencatatkan empat kes baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes direkodkan sebanyak 2,025 kes.
Selangor mencatatkan empat kes baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes direkodkan sebanyak 2,025 kes.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan empat kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dengan jumlah keseluruhan kes direkodkan sebanyak 2,025 kes.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan jumlah kes baharu tersebut dicatatkan setakat jam 12 tengah hari ini.

"Sejumlah empat kes baharu dicatatkan di Selangor dengan jumlah keseluruhan kes sekarang direkodkan sebanyak 2,025.

"Amalkan normal baharu apabila keluar rumah dan jangan salah guna kebebasan yang diberikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengelak pendedahan kepada jangkitan Covid-19," katanya.

Negara hari ini mencatatkan 16 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 8,572 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tiga kes membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan selebihnya melibatkan penularan tempatan.

Menurutnya, daripada 13 kes penularan di dalam negara, sembilan kes adalah bukan warganegara manakala hanya empat kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

"Bagi kes jangkitan dalam negara melibatkan warga asing, dua kes adalah kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-8513) di mana kesemua mereka adalah daripada Kluster Syarikat Pembersihan, enam kes daripada Kluster Pedas dan satu kes daripada saringan tahanan di Pusat Tahanan Sementara Tawau sebelum penghantaran pulang ke Indonesia.

Artikel Berkaitan:

"Jangkitan dalam negara yang melibatkan rakyat tempatan pula adalah dua kes merupakan daripada Kluster Kidurong dan masing-masing satu kes melibatkan saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap di Melaka dan saringan pra pembedahan di hospital di Johor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.