Malaysia alu-alukan lebih banyak FDI dari Austria

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media bersama rakan sejawatanya Canselor Republik Austria Sebastian Kurz di Federal Chancellery hari ini.- Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media bersama rakan sejawatanya Canselor Republik Austria Sebastian Kurz di Federal Chancellery hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

VIENNA – Malaysia mahu lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dari Austria, selain memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak yang boleh ditawarkan oleh Austria kepada Malaysia, dan pada masa yang sama Austria merupakan pasaran yang sangat baik untuk produk Malaysia.

"Kami menyambut baik lebih banyak pelaburan langsung asing dari Austria. Kami tahu jumlah dagangan kini tidak terlalu besar tetapi penting.

"Oleh itu pelaburan akan dapat meningkatkan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara," katanya kepada pemberita Malaysia pada sidang akhbar bersama Canselor Austria Sebastian Kurz susulan pertemuan dua hala di Pejabat Canselor Persekutuan di sini pada Isnin.

Fokus perbincangan selama 40 minit itu membabitkan potensi ekonomi kedua-dua negara.

Dr Mahathir berkata Austria juga terlibat dalam projek kereta kabel Langkawi, dan beliau berharap lebih ramai lagi warga Austria akan melawat Malaysia.

Ramai rakyat Malaysia yang sukakan muzik datang ke sini (Austria)," katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh Pengarah Hubangan Antarabangsa Federation of Austria Industries Michael Lowy ( kanan) semasa mengadakan pertemuan dengan Komuniti Perniagaan Austria hari ini.- Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh Pengarah Hubangan Antarabangsa Federation of Austria Industries Michael Lowy ( kanan) semasa mengadakan pertemuan dengan Komuniti Perniagaan Austria hari ini.- Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Kurz, 32, yang merupakan pemimpin termuda di dunia, berkata beliau gembira bertemu Dr Mahathir yang merupakan pemimpin paling berpengalaman dan tertua di dunia.

"Sebagai pemimpin termuda, saya banyak belajar daripada beliau, saya bersyukur kerana dapat bertemu dengan pemimpin yang paling berpengalaman dan tertua di dunia. Saya berterima kasih kepadanya kerana meluangkan masa untuk bertemu dengan saya.

"Kami melihat banyak potensi besar dengan Malaysia dalam bidang tenaga dan infrastruktur. Kami juga boleh bekerja lebih dekat untuk meningkatkan hubungan, dan kami perlu meningkatkan hubungan dua hala dan ekonomi pada masa depan," katanya.

Kurz berkata pelaburan Austria di Malaysia berjumlah €860 juta setahun menerusi 70 syarikat Austria.

Dr Mahathir kemudiannya membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Austria, Dr Alexander Van der Bellen di Maria Theresa Room, Istana Hofburg, yang terletak berdekatan.- Bernama