Lelaki maut jatuh pokok

Penemuan mangsa menjadi tular sejak semalam di laman sosial Facebook (Foto: Ihsan pembaca)
Penemuan mangsa menjadi tular sejak semalam di laman sosial Facebook (Foto: Ihsan pembaca)
A
A
A

KUALA NERUS - Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang selepas keluar mencari madu terjawab apabila mangsa ditemui mati dipercayai terjatuh dari pokok di Hutan Kampung Pondok Lalang Tepoh di sini pagi kelmarin.

Mangsa berusia 36 tahun dari Kampung Bukit Wan Batu Rakit itu ditemui dua penduduk kampung kira-kira jam 9 pagi yang ke lokasi itu untuk mencarinya selepas dimaklumkan oleh isteri berhubung kehilangannya.

Menurut sumber, difahamkan mangsa keluar dari rumahnya berseorangan kira-kira jam 5 petang sehari sebelum kejadian untuk mencari madu lebah di hutan berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa tidak pulang seperti kebiasaan dan sehingga jam 8 pagi (kelmarin), isterinya yang bimbang keselamatan mangsa memaklumkan kepada penduduk kampung," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Artikel Berkaitan: