Lapan lelaki ditahan jual air ketum

Air ketum dan ubat batuk yang dirampas di sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, kelmarin.
Air ketum dan ubat batuk yang dirampas di sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, kelmarin.
A
A
A

KLANG - Seramai lapan lelaki ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Raja kerana disyaki menjual air ketum di sebuah rumah di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan setelah anggota polis menerima maklumat daripada orang awam.

“Kita turut merampas empat plastik air ketum dan tujuh botol ubat batuk di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Nurulhuda berkata, siasatan lanjut mendapati salah seorang daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah berhubung kes dadah.

“Kesemua individu itu direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan. Ks disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

Artikel Berkaitan: