Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat

Saringan kesihatan dijalankan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Bandar Maharani Muar.
Saringan kesihatan dijalankan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Bandar Maharani Muar.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan bilangan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ( PPS) terus meningkat kepada 1,219 orang pada tengah hari ini berbanding 1,210 orang pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, kesemua mangsa ditempatkan di 18 PPS di Batu Pahat, Muar, Kluang, Pontian dan Tangkak.

Katanya, Pontian mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 364 orang daripada 90 keluarga yang kini ditempatkan di empat PPS yang dibuka sejak tengah hari semalam.

Empat PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan ( SK) Seri Bukit Panjang, SK Parit Haji Adnan, SK Kampung Sawah dan SK Seri Bunian

"Seterusnya, Batu Pahat seramai 348 orang daripada 76 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SK Agama Air Putih, Balai Raya Perserai dan SK Agama Tiga Serangkai.

"Diikuti Muar seramai 276 orang daripada 65 keluarga ditempatkan di lima PPS iaitu di SMK Bandar Maharani, SK Parit Nawi, SK Tanjung Tohor, SK Orang Kaya Ali dan SK Batu 18," katanya menerusi kenyataan tengah hari ini.

Bagi daerah Kluang, empat PPS iaitu SMK Dato Abdul Rahman Andak, SK Sri Kencana Simpang Renggam, SK Kompleks Penghulu dan SK Simpang kini menempatkan seramai 198 orang daripada 54 keluarga manakala di Tangkak, dua PPS SK Parit Bunga dan SK Tanjung Gading Lima menempatkan 33 orang daripada empat keluarga.

Artikel Berkaitan: