PRK Chini: Pas bantu calon BN berkempen

Mohd Tarmizi
Mohd Tarmizi
A
A
A

PEKAN - Semua jentera Pas Pahang digerakkan untuk membantu calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zain sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini.

Ketua Penerangan Pas, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kesemua jentera disusun di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Unit Peti Undi (UPU) di seluruh DUN Chini.

"Mereka akan membantu calon berkempen termasuk memastikan pengundi Pas menyokong calon BN.

"Semua ini telah kita gerakkan dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk berkempen dalam suasana normal baharu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, dianggarkan kira-kira 5,400 pengundi Pas di DUN Chini.

PRK Chini pada 4 Julai ini menyaksikan tiga penjuru iaitu calon BN, Mohd Shahrim, 41 dan dua calon Bebas; Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

PRK Chini adalah pilihan raya pertama yang diadakan sejak negara dilanda wabak pandemik koronavirus (Covid-19).

Ia diadakan susulan kematian penyandang bagi DUN berkenaan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Artikel Berkaitan:

Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.