Lima pemandu mabuk ditahan

Anggota polis trafik sedang memeriksa kandungan alkohol ke atas pengguna jalan raya.
Anggota polis trafik sedang memeriksa kandungan alkohol ke atas pengguna jalan raya.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai lima lelaki ditahan dalam ‘Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah’ kerana disyaki memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol, di sekitar Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 501 pengguna jalan raya dan 467 kenderaan.

“Daripada jumlah itu seramai lima lelaki berusia 30 hingga 49 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan. Kita juga telah mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Nik Ezanee berkata, fokus utama operasi ini adalah untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Sekali gus membahayakan keselamatan dan kematian kepada orang lain. Hasil tinjauan, kita mendapati masih ada pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Nik Ezanee memaklumkan, lima individu ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 45 (A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: