Perlis bebas Chikungunya

Gambar hiasan - sumber internet
Gambar hiasan - sumber internet
A
A
A

KANGAR - Virus Chikungunya yang dilaporkan melanda Hatyai di selatan Thailand sejak minggu lepas, tidak merebak ke Perlis, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Sirajuddin Hashim.

Beliau, bagaimanapun berkata, jabatan itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang poster dan alat pengimbas suhu badan di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar supaya orang ramai dan rakyat asing yang datang dari negara itu boleh memeriksa suhu badan bagi mengesan virus tersebut.

“Chikungunya tidak melibatkan kematian kerana ia hanyalah penyakit ringan disebabkan bawaan vektor oleh nyamuk aedes,” kata Dr Sirajuddin kepada media bagi mengulas perkembangan kes berkenaan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media tempatan Thailand, Bangkok Post melaporkan virus Chikungunya yang lazimnya berlaku di negara Afrika dikesan di Hatyai. - Bernama

Artikel Berkaitan: