PRK Chini: Naik 'motor kapcai' jumpa pengundi

Aksi selamba Mohd Shukri dengan menunggang motosikal Honda Cup ke sidang medianya hari ini.
Aksi selamba Mohd Shukri dengan menunggang motosikal Honda Cup ke sidang medianya hari ini.
A
A
A

PEKAN - Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Shukri Mohd Ramli turun padang menemui pengundi dengan menunggang motosikal Honda Cup, hari ini.

Beliau menunggang motosikal sendiri sehingga menarik perhatian sekumpulan pengamal media yang datang ke sidang medianya di sebuah kedai makan di Felda Chini, 2 di sini.

Katanya, walaupun keutamaan kempennya lebih fokus melalui media sosial, beliau tetap akan menemui pengundi-pengundi dengan cara tersendiri.

Hari ini beliau mengadakan sidang media pelancaran manifesto 'Bebas Pro Rakyat' sebelum bergerak menemui pengundi.

Aktivis ini berkata, aktiviti kempennya akan lebih rancak minggu depan.

Artikel Berkaitan: