X

Kindly register in order to view this article
!

MPK, JAS siasat punca kolam tadahan tercemar

Air di kolam tadahan berkenaan bertukar menjadi warna kebiruan. Foto: Ihsan MPK
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kilang berhampiran Kolam Tadahan Aman Perdana 5 dan 7 yang dilaporkan tercemar sebelum ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, berdasarkan aduan penduduk, pemeriksaan lanjut pada Jumaat lalu mendapati air kolam tadahan itu bertukar menjadi kebiruan.

Bagaimanapun beliau berkata, siasatan di lokasi tidak menemui sebarang punca yang menyebabkan pencemaran tersebut.

Pihak MPK dan JAS turun padang bagi menjalankan siasatan susulan pencemaran tersebut. Foto: Ihsan MPK
Pihak MPK dan JAS turun padang bagi menjalankan siasatan susulan pencemaran tersebut. Foto: Ihsan MPK

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati kilang berkenaan menjalankan aktiviti percetakan secara sah namun tidak mempunyai lesen bagi aktiviti gudang dan pejabat urusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Norfiza berkata, satu notis telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil 3 (UUK 3) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

Tambahnya, JAS Selangor turut mengeluarkan dua kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2015.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!