'Saman kerajaan Kelantan, tindakan melampau'

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Pas sifatkan tindakan kerajaan Persekutuan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan kerana menceroboh penempatan Orang Asli sebagai melampau dan tidak patut berlaku.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat sepatutnya mempunyai hubungan yang baik.

"Peguam Negara dengan kerajaan negeri kena ada satu sistem federalisme yang kuat. Sebab kita ada wakil Peguam Negara di negeri.

"Penasihat undang-undang negeri itu bertanggungjawab secara terus.

Apa-apa isu di peringkat Peguam Negara sepatutnya selesai dengan penasihat undang-undang negeri," katanya kepada media selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Desa Kayangan, Brinchang, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

[ARTIKEL BERKAITAN:Putrajaya saman Kerajaan Negeri Kelantan]

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Peguam Negara juga perlu berlaku adil dan melihat isu itu yang turut berlaku di negeri-negeri lain.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya ini hanya mainan politik mereka. Harus lihat semua negeri, kena jujur.

"Isu ini berlaku di banyak negeri lain, oleh itu saya fikir beliau kena berlaku adil. Kena lihat secara menyeluruh dan bukan ambil sikap konfrontasi dengan kerajaan Kelantan," katanya.