X

Kindly register in order to view this article
!

Calon bebas dinasihati berkempen cara sihat

Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - Calon bebas dan penyokongnya diingatkan agar mengamalkan kempen secara sihat dan tidak menabur firnah.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menyambut baik penyertaan calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisyam Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli yang bertanding menentang calon BN, Mohd Sharim Md Zain pada PRK DUN Chini, 4 Julai ini.

"Saya juga berharap, calon-calon dan penyokong sentiasa akur kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar wabak koronavirus (Covid-19) tidak menular semasa dan selepas PRK ini," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata, sungguhpun beliau berharap tiada pertandingan memandangkan negara dan negeri masih dibelenggu Covid-19, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRK kali ini.

Justeru katanya, jentera BN sentiasa bersiap-siaga dan akan terus digerakkan demi memastikan calon BN menang pada PRK ini dengan majoriti besar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!