Buntu suami terlantar, tiada kewangan

Nafisah (kanan) buntu apabila perlu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara dua anak yang masih bersekolah selepas suami lumpuh diserang penyakit strok.
Nafisah (kanan) buntu apabila perlu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara dua anak yang masih bersekolah selepas suami lumpuh diserang penyakit strok.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang isteri buntu apabila perlu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara dua anak yang masih bersekolah selepas suaminya lumpuh akibat penyakit strok, pada 11 Mei lalu.

Nafisah Che Ismail, 53, sebelum ini hanya suri rumah sepenuh masa dan bergantung kepada suami, Mat Yaacob Hussin, 60, bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pusat Giat Mara Pasir Mas.

Nafisah berkata, sejak suaminya diserang strok pada 11 Mei lalu, beliau hanya bergantung sepenuhnya kepada pencen suami untuk meneruskan hidup bersama dua anak yang berusia 14 dan 13 tahun.

"Suami bukan sahaja lumpuh malah hilang upaya untuk bertutur dan bergantung sepenuhnya kepada susu khas berharga RM100," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Siram, di sini.

Menurutnya, beliau memerlukan perbelanjaan bulanan berjumlah RM1,500 untuk membeli susu yang hanya bertahan tiga hari selain lampin pakai buang.

"Suami saya memerlukan penjagaan rapi. Jadi sukar untuk saya keluar bekerja dan mencari pendapatan," katanya.

Nafisah berkata, selain itu suaminya terpaksa berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, setiap kali berulang-alik ke hospital dia terpaksa menyewa ambulan bagi memudahkan urusan.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 10100-29-87697435-6 atas nama Nafisah Che Ismail.