Luncur di udara sejauh 40km

Sebahagian pelajar dan pihak penganjur bergambar bersama penerbang pada XC D sawah Padi di SMKA Tun Rahah.
Sebahagian pelajar dan pihak penganjur bergambar bersama penerbang pada XC D sawah Padi di SMKA Tun Rahah.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seramai 18 penerbang paramotor 'melayangkan diri' di udara sejauh 40km dari Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKMA) Tun Rahah, di sini.

Penyeleras XC D sawah Padi, Zayanidi Abbas berkata, penerbangan berkonvoi itu mengambil masa kira-kira sejam setengah itu bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi.

Menurutnya, sukan rekreasi udara yang kali pertama dianjurkan di dua daerah itu bagi melihat sendiri keindahan hamparan kehijauan sawah padi dan pemandangan biru di perairan Selat Melaka.

"Penerbang paramotor mengakui sepanjang meluncur di udara mereka terpegun melihat pemandangan luar biasa kerana dapat menyelami kehidupan petani dan nelayan.

"Jika meluncur di kawasan sebelum ini, mereka hanya melihat bangunan dan bukit bukau, tetapi pemandangan di Selangor Utara ini berbeza kerana bentuk muka buminya menarik dan mendamaikan," katanya.

Zayanidi berkata, program itu anjuran Kelab Sukan Paranotor Jomfly dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam dan Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Sabak Bernam.

Menurut beliau, aktiviti sukan yang masih baharu di negara itu juga memberi pendedahan kepada pelajar sekolah dalam sukan aeroangkasa.

"Kita ingin menanam minat dalan kalangan pelajar sekolah bercita-cita menjadi juruterbang suatu hari nanti.

Artikel Berkaitan:

"Selama ini, mungkin mereka hanya menonton di televisyen semata-mata, tapi bila menyaksikan sendiri aksi penerbangan di udara, mereka seronok dan teruja mendalami sukan ini.

"Seramai 200 penerima anugerah remaja perdana rakan muda di SMK Tun Rahah diberi peluang menyambut ketibaan penerbang terbabit," katanya.

#sabakbernam Luncur di udara sejauh 40 km MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SABAK BERNAM - Seramai 18 penerbang paramotor 'melayangkan diri' di udara sejauh 40 kilometer (km) dari Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Rahah, di sini. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/8879/EDISI/Selangor-KL/Luncur-di-udara-sejauh-40km

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, January 22, 2019