X

Kindly register in order to view this article
!

Maut terlanggar tembok pagar kubur

Mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu melanggar tembok pagar tanah perkuburan di Jalan Siram di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi mangsa, V Gerard, 44 maut di tempat kejadian kerana cedera parah.

"Siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash datang dari arah Telaga Air menuju ke Sungai Nyior hilang kawalan lalu terbabas.

"Mangsa dipercayai terbabas di sebelah kiri dan melanggar tembok pagar kubur di tepi jalan. Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 018-2881424.

"Boleh juga hubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di talian 04-5741427 atau datang ke balai polis berhampiran," katanya.

Noorzainy berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!