MCW mahu SPRM siasat kes rasuah pemimpin PH

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mahu SPRM siasat kes rasuah pemimpin PH. Gambar hiasan. - Foto 123RF
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mahu SPRM siasat kes rasuah pemimpin PH. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bagi melihat perbandingan kes di era Barisan Nasional (BN) dan PH walaupun tempoh pemerintahan jauh berbeza.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, sejak Mei 2018, SPRM melaksanakan siasatan kes melibatkan pemimpin BN selepas PH berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

"Sudah tiba masanya SPRM menyiasat kes yang melibatkan pemimpin PH. Kita mahu melihat perbandingan kes di era BN dan PH walaupun tempoh pemerintahan jauh berbeza iaitu 60 tahun dan 22 bulan.

"Penangan jenayah rasuah di Malaysia sentiasa di bawah pantauan SPRM dan pasti tidak terlepas bagi memastikan kemakmuran negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dasar terkini SPRM untuk tidak menguar-uarkan kes yang sedang disiasat penting dan perlu diteruskan.

"Tugas SPRM hanya menyiasat dan mengumpulkan bukti. Rakyat perlu benar-benar faham fungsi ini," katanya.

Selain itu katanya, SPRM hanya mengangkat kes yang punya lebih dari 90 peratus pembuktian untuk pendakwaan pejabat Peguam Negara.

Artikel Berkaitan: