11 PATI dalam bot nelayan tempatan ditahan

Ketiga-tiga bot ditahan didapati melakukan kesalahan menangkap ikan di bawah 12 batu nautika.
Ketiga-tiga bot ditahan didapati melakukan kesalahan menangkap ikan di bawah 12 batu nautika.
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama tiga bot nelayan tempatan di perairan Hutan Melintang kira-kira 6.4 batu nautika Barat Daya Sungai Belukang dekat Bagan Datuk, kelmarin.

Penahanan dilakukan Kapal Maritim Malawali menerusi Op Benteng Laut kira-kira jam 7.15 malam selepas didapati melakukan kesalahan menangkap ikan di bawah 12 batu nautika.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, warga Indonesia dan Myanmar itu berusia lingkungan 17 hingga 40 tahun dan bekerja di atas bot berkenaan.

Sebahagian PATI yang ditahan bekerja di atas bot nelayan tempatan.
Sebahagian PATI yang ditahan bekerja di atas bot nelayan tempatan.

"Semua PATI disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka menjalani prosedur saringan koronavirus (Covid-19) dan diletakkan di Pejabat Daerah Manjung sementara menunggu keputusan.

Mereka didapati melakukan kesalahan menangkap ikan di bawah 12 batu nautika.
Mereka didapati melakukan kesalahan menangkap ikan di bawah 12 batu nautika.

Shahrizan mengalu-alukan kerjasama orang ramai menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat dalam usaha menggempur PATI yang masuk melalui sempadan perairan negara.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan mengumpul aduan salah laku yang disalurkan dan bertindak mengikut masa yang sesuai," katanya.