X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Bilangan mangsa banjir meningkat

Keadaan banjir di sekitar Pekan Nanas.
A
A

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di negeri ini bertambah teruk dengan merekodkan peningkatan jumlah mangsa seramai 1,210 orang daripada 288 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, kesemua mangsa ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Batu Pahat Muar, Kluang, Pontian dan Tangkak.

"Seramai 277 mangsa banjir ditempatkan di lima PPS di Muar iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi, SK Tanjung Tohor, SK Orang Kaya Ali, SK Batu 18..

"Batu Pahat pula mempunyai tiga PPS iaitu SK Agama Air Putih, Balai Raya Perserai dan SK Agama Tiga Serangkai menempatkan keseluruhan mangsa banjir seramai 343 orang," katanya.

Mangsa banjir yang terdapat di PPS Dewan Serbaguna Kampung Parit Pasir.
Mangsa banjir yang terdapat di PPS Dewan Serbaguna Kampung Parit Pasir.

Menurutnya, empat PPS dibuka di Pontian iaitu SK Seri Bukit Panjang, SK Parit Haji Adnan, SK Kampung Sawah serta SK Seri Bunian dan setakat ini menempatkan 349 mangsa banjir.

"Seramai 35 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Tangkak iaitu SK Parit Bunga dan SK Tanjung Gading Lima.

"Empat PPS disediakan di Kluang iaitu SMK Dato Abdul Rahman Andak, SK Sri Kencana Simpang Renggam, SK Kompleks Penghulu dan SK Simpang menempatkan seramai 207 mangsa banjir," katanya menerusi kenyataan pagi ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!