X

Kindly register in order to view this article
!

APAD, JPJ perlu hapus e-hailing haram: MeHDA

Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA)
A
A

GEORGETOWN - Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap syarikat pengendali e-hailing yang beroperasi secara tidak sah di negeri ini.

Presidennya, Daryl Chong berkata, ia susulan syarikat terbabit beroperasi sejak beberapa bulan lalu tanpa kebenaran Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selain tidak mempunyai Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP).

Menurutnya, hasil siasatan mendapati syarikat terbabit membenarkan pemandu mendaftar dan mengambil penumpang walaupun tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) jelas tanpa mengikut peraturan ditetapkan.

"Kami meminta semua pemandu e-hailing untuk tidak menggunakan aplikasi ini, kerana jika berlaku kemalangan semasa perjalanan mereka dan juga penumpang tidak dilindungi insurans.

"Ini akan memberi ruang kepada lebih banyak komplikasi sekiranya berlaku kemalangan semasa perjalanan," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Daryl berkata, pihaknya membuat laporan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan berharap siasatan serta tindakan segera diambil terhadap syarikat terbabit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf