X

Kindly register in order to view this article
!

Perintah berkurung di Arab Saudi ditarik balik esok

Masjid-masjid di Arab Saudi yang sebelum ini ditutup kepada jemaah akan mula dibuka semula esok. - AFP
A
A

RIYADH - Arab Saudi akan menarik balik perintah berkurung yang dikenakan untuk mengekang penularan koronavirus (Covid-19) bermula jam 6 pagi (waktu tempatan) esok.

Menurut laporan Arab News, perintah itu berkuat kuasa di seluruh negara termasuk kota suci Makkah dan Jeddah di mana penduduk ketika ini hanya dibenarkan meninggalkan kediaman mereka untuk keperluan.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memaklumkan, penerbangan haji dan umrah antarabangsa masih ditangguhkan.

Laluan masuk dan keluar ke negara itu sama ada melalui jalan darat atau laut juga dilarang.

Perhimpunan lebih daripada 50 orang tidak dibenarkan dan penduduk harus memastikan mereka memakai topeng muka ketika berada di khalayak ramai selain mengamalkan penjarakan sosial.

Sementara itu, Arab Saudi turut merancang membuka semula masjid di Makkah bermula esok selepas ia ditutup selama tiga bulan susulan pandemik Covid-19.

"Kira-kira 1,500 masjid sedang bersiap sedia untuk menerima kunjungan jemaah. Pekerja pembersihan pula giat menyahkuman permaidani dan lantai masjid," lapor rangkaian televisyen Al-Ekhbariya memetik keputusan Kementerian Hal Ehwal Islam.

Keputusan membuka semula rumah ibadah itu dibuat beberapa minggu sebelum musim haji pada tahun ini bermula.

Di luar Makkah, masjid-masjid di tempat lain di negara itu kembali dibuka pada hujung Mei dengan peraturan ketat termasuk penjarakan sosial dan beberapa langkah pencegahan lain. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!