15 pendaki terkandas selamat ditemui

Pendaki
Pendaki
A
A
A

TAPAH – Sekurang-kurangnya 15 pendaki terkandas di Gunung Batu Putih, Batu 7 Kuala Woh selepas seorang daripada mereka mengalami kecederaan patah kaki.

Kejadian itu dimaklumkan kepada anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan berjaya menemui semua mangsa dalam keadaan selamat di kawasan gunung berkenaan.

"Hanya seorang daripada mereka iaitu wanita berusia 38 tahun mengalami kecederaan di kaki kiri.

"Mangsa selamat dibawa turun menggunakan helikopter sebelum dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut," katanya.

sesat
sesat



Menurutnya, baki pendaki masing-masing dari Kelab Pendaki Bumi Hijau, Wangsa Maju itu berjalan kaki diiringi pasukan penyelamat.

"Mereka akan menggunakan trek pendaki dan dijangka tiba di Kuala Woh sekitar jam 1 pagi nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: