15,000 ekor anak ayam hangus

Reban ayam di Kampung Banggol Sidam Kiri terbakar.
Reban ayam di Kampung Banggol Sidam Kiri terbakar.
A
A
A

SUNGAI PETANI- Sebanyak 15,000 ekor anak ayam hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Banggol, Sidam Kiri, kira-kira jam 5.55 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kebakaran membabitkan satu deretan reban ayam dan hampir 100 peratus musnah.

"Difahamkan, 15,000 ekor anak ayam itu baru sahaja dimasukkan ke dalam reban pagi tadi. Bomba menerima panggilan pada jam 5.55 petang dan sampai ke lokasi pada jam 6.14 petang.

"Seramai 15 anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dan Aman Jaya terlibat dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran hingga api padam sepenuhnya. Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani, Kuala Ketil dan Bukit Selambau," katanya.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.20 petang. Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: