Sambutan Aidilfitri pandu lalu kelainan di DUN Sentosa

Sambutan Aidilfitri secara pandu lalu DUN Sentosa dapat sambutan.
Sambutan Aidilfitri secara pandu lalu DUN Sentosa dapat sambutan.
A
A
A

KLANG - Sambutan Aidilfitri secara pandu lalu anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa berlangsung meriah di sini, hari ini.

ADUN Sentosa, G Gunaraj berkata, sambutan Aidilfitri secara pandu lalu itu antara usaha pihaknya bagi meraikan hari lebaran itu dalam suasana gembira tetapi pada masa sama mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih 'bertarung' dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Kemeriahan sambutan Aidilfitri diraikan dengan normal baharu dan mengikut SOP ditetapkan. Kami menyampaikan juadah Aidilfitri seperti nasi impit, kuah kacang dan pelbagai hidangan lain secara pandu lalu. Mereka hanya memberhentikan kenderaan di hadapan masjid tanpa keluar dari kereta dan kita akan berikan juadah.

"Program sebegini merupakan seumpamanya diadakan di kawasan Klang yang mana melibatkan kawasan Sentosa. Sambutan yang diterima amat menggalakkan," katanya ketika ditemui selepas sambutan Majlis Sambutan Aidilfitri Pandu Lalu DUN Sentosa di Masjid Al Baraqah di Taman Sentosa di sini, hari ini.

Kemeriahan sambutan Aidilfitri diraikan dengan normal baharu dan mengikut SOP ditetapkan.
Kemeriahan sambutan Aidilfitri diraikan dengan normal baharu dan mengikut SOP ditetapkan.

Menurut beliau, program berkenaan diadakan di dua lokasi iaitu Masjid Al Baraqah dan Pangsapuri Pandamar Indah Dua.

"Dianggarkan program melibatkan lebih 3,000 orang bagi dua lokasi itu. Kita mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk dalam menjayakan usaha ini," kata beliau.

Artikel Berkaitan: