X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M kena berlapang dada, beri laluan mudah pada Anwar

Anwar - Foto AFP
A
A

IPOH - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berlapang dada dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pengerusi Biro Pembangunan Wanita Keadilan Perak, Junaida Jamaludin berkata, rakyat sudah jengkel apabila isu pemilihan Perdana Menteri masih diperdebatkan.

"Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi PKR semalam, konsensus Pakatan Harapan (PH) sudah jelas menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR tolak Dr Mahathir, pilih Presidennya sebagai PM

Pilih Anwar jadi PM: Amanah rai perbezaan pendapat

'Lantik Mukhriz jadi TPM boleh selesai isu calon PM PH Plus'

"Perbincangan ini tidak perlu dipanjangkan lagi supaya kita boleh fokus terhadap isu yang menekan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat PKR Negeri di sini hari ini.

Junaida (dua dari kiri) dan Sandrea (kiri) bersama kepimpinan Wanita Keadilan Perak adakan sidang media menggesa Tun M memberi laluan kepada Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Junaida (dua dari kiri) dan Sandrea (kiri) bersama kepimpinan Wanita Keadilan Perak adakan sidang media menggesa Tun M memberi laluan kepada Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Sandrea Ng Shy Ching.

Perkembangan terkini PKR dengan ketiadaan kepimpinan wanita pusat dan negeri akibat penggantungan dan pemecatan anggota, kata Junaida, tidak menjejaskan keutuhan reformasi dalam kalangan anggota parti.

"Kami berasa teruja untuk terus bergerak memperkukuhkan kepimpinan wanita Perak dengan sokongan Majlis Pimpinan Negeri yang dipengerusikan Farhash Wafa Salvador," katanya.

Pada masa sama, Sandrea turut menafikan berlakunya gelombang ahli PKR keluar parti di negeri ini.

"PKR menerima 157 surat untuk keluar parti, empat anggota telah dipecat kerana melanggar Perlembagaan parti selain 30 digantung. Jumlah ini jauh seperti yang digambarkan berbanding keanggotaan parti berjumlah 75,000.

"Angka itu tidak sampai 0.3 peratus dan kita percaya proses ini satu pembersihan parti yang mengekalkan anggota setia dengan perjuangan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus