Tiada rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19 di Beijing

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia sedang memantau rapi penularan terkini wabak Covid-19 di beberapa lokasi di Beijing.
Gambar kecil:Kamarudin Jaffar
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia sedang memantau rapi penularan terkini wabak Covid-19 di beberapa lokasi di Beijing. Gambar kecil:Kamarudin Jaffar
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia sedang memantau rapi penularan terkini wabak koronavirus (Covid-19) di beberapa lokasi di Beijing.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, situasi di Beijing pada masa ini adalah terkawal dan dalam tempoh ini juga tidak ada warganegara Malaysia yang dilaporkan dijangkiti Covid -19 di Beijing seterusnya China.

Beliau berkata, semua warganegara Malaysia di Beijing harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan yang berkaitan dan disarankan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke daerah yang terjejas.

“Warganegara Malaysia yang tinggal di Beijing atau yang sedang merancang perjalanan dari atau ke Beijing dinasihatkan terus mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kementerian turut menggalakkan semua warganegara Malaysia di China untuk mengambil kira kemungkinan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan apabila merancang perjalanan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19 berkata, semua warganegara Malaysia di Republik Rakyat China digalakkan untuk memaklumkan kepada Kedutaan atau Konsulat-Jeneral yang berhampiran mengenai individu yang boleh dihubungi dalam kes kecemasan.

Menurutnya, sekiranya belum melakukannya lagi, boleh dilakukan melalui pautan https://is.gd/MyCn2020.

Artikel Berkaitan: