Van terbabas, pemandu tahan sakit 30 minit

Pasukan penyelamat menenangkan warga emas yang tersepit di bahagian pemandu selepas van dipandunya terbabas di Jalan Syed Putra hari ini.
Pasukan penyelamat menenangkan warga emas yang tersepit di bahagian pemandu selepas van dipandunya terbabas di Jalan Syed Putra hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas menahan sakit hampir 30 minit akibat tersepit di kerusi pemandu selepas van dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Syed Putra, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, PBK II Zulkifli Nordin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan itu pada jam 1.02 tengah hari dan menghantar jentera dari BBP Hang Tuah serta BBP Pudu ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi mangsa berusia 70 tahun itu masih tersepit di bahagian kerusi pemandu dan mengalami cedera di bahagian kaki serta tangan.

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota dan diserahkan kepada pihak ambulans yang berada di lokasi kejadian.

"Operasi melibatkan 11 anggota itu tamat sepenuhnya pada jam 1.34 petang," katanya.

Kerosakan bahagian depan van selepas terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Syed Putra hari ini.
Kerosakan bahagian depan van selepas terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Syed Putra hari ini.

Artikel Berkaitan: