Pemandu langgar tiga beranak ada saman pandu laju

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian tiga beranak di Kilometer 74, Jalan Ipoh - Gerik, semalam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penyelia itu tiada rekod jenayah tetapi mempunyai 27 saman lampau dan empat saman yang belum dijelaskan atas pelbagai kesalahan trafik terutama kesalahan pandu laju.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Razali turut memaklumkan punca kematian tiga beranak itu disebabkan pelbagai kecederaan terutama bahagian kepala.

Kemalangan yang kira-kira jam 10.30 malam itu melibatkan kereta jenis Toyota Vios dan Toyota Hilux.

Mangsa maut ialah Jurutera, Abdul Hakim Hashim, 32 dan isterinya, Nurul Huda Arifin, 31 serta anak mereka, Adib Aidan berusia 2 tahun manakala seorang lagi anak pasangan itu, Ammar Aiman berusia 4 tahun terselamat.

Siasatan awal mendapati keluarga tersebut dalam perjalanan dari Kuala Kangsar menuju ke Gerik sebelum Toyota Hilux yang dipandu lelaki suspek dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut, isteri hamil 5 bulan

Artikel Berkaitan: