Ditahan kerana jual isteri di Facebook

Suami tergamak menjual isteri berjaya ditangkap polis.
Suami tergamak menjual isteri berjaya ditangkap polis.
A
A
A

SURABAYA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak menjual isterinya yang dikahwininya untuk khidmat seks di Facebook.

Menerusi laporan Detik News, lelaki berusia 35 tahun dari daerah Wringinom, Gresik menawarkan isterinya kepada pelanggan kerana mengalami masalah kewangan.

Perkara itu disahkan oleh Komisioner Polis Wakasat Reskrim Surabaya, Ardian, semalam.

Ardian menjelaskan, penemuan kes tersebut hasil siasatan yang diketuai oleh Unit KBO untuk Perlindungan Wanita dan Anak-anak (PPA), Iptu Harun.

"Setelah kami mengesan ada transaksi dan jenayah seperti itu. Kami terus lakukan penyiasatan dan menangkap pelaku terbabit," tambahnya.

Ardian berkata, selepas urusan jual beli berlaku dan pelanggan bersetuju, mereka akan bertemu di sebuah hotel.

"Polis melakukan serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Mastrip, Surabaya. Ketika diserbu, pelaku sedang berurusan dengan pelanggan.

"Dalam serbuan itu, polis memperoleh bukti seperti bil hotel, wang tunai Rp 500 ribu (RM200), satu telefon bimbit dan pakaian dalam," katanya.

Artikel Berkaitan: